Kehidupan ini seperti roda, ada masanya kita berada di atas
dan ada masanya kita berada di bawah. Berbekalkan semangat dan
ketabahan kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini sama ada susah atau
senang. Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan. Berkat usaha dan
kesabaran kita akan mencapai kejayaan. Namun, tak semua yang kita
usahakan, kita akan memperoleh segala impian kita. Ada masanya, semakin
kita berusaha semakin dekat kegagalan yang datang menghampiri. Itulah
hakikat kehidupan yang perlu kita terima, qada dan qadar yang telah
ditetapkan. Sebagai manusia, kita harus sabar menghadapi ujian hidup
ini.
Segala apa yang kita lakukan di dunia ini perlu disertakan
dengan keikhlasan. Jangan kita harapkan sebarang ganjaran dan pujian,
kerana tidak semua manusia tahu menghargai. Jarang manusia menghargai
apa yang mereka ada dan yang mereka terima. Sudah menjadi adat kesilapan
sebesar zarah, itulah yang mereka nampak dan sering perkatakan.
Begitulah kehidupan, langit tak selalunya cerah, ada masanya mendung dan
kemudian hujan datang menimpa. Jadi perlulah kita sediakan payung
sebelum hujan. Kita perlu bersedia sentiasa dalam menghadapi sebarang
kemungkinan.
Kehidupan ini penuh ranjau dan duri. Berbekalkan
semangat, azam dan usaha yang gigih kita akan terus melalui denai-denai
kehidupan ini. Ada masanya kita merasakan kehidupan ini terlalu indah.
Ada masanya kita merasakan kita bersendiri menjalani kehidupan ini
walaupun kita berada di tengah kesibukan kota. Itulah warna-warni
kehidupan. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan, menjadikan kita
semakin matang dan bijak membuat keputusan.
Kesimpulannya, gembira
atau tidak, suka atau tidak, kita perlu meneruskan hidup ini. Suka, duka
adalah permainan kehidupan dan kita tidak dapat lari dari merasainya.
Carilah kegembiraan dan carilah kebahagiaan. Teruskan perjalanan hidup
ini bersama semangat dan keazaman. Tanyalah diri apa yang kita inginkan
kerana hati tidak pernah menipu dan di situ kita akan bertemu
jawabannya.
aku yakin kehidupan yang aku jalani sekarang yang mendewasakan pikiranku,.
bersama skripsiku sekarang yang aku jalani, yang penuh dengan cobaan.
cobaan yang paling membuat ku terasa pusing, cobaan teman kuliahku sendiri, satu jurusan, satu tempat penelitian..yang selalu menjelekkan ku kepada semua orang, yang selalu iri denganku,..
bisa kan kamu tidak mengurusi urusan orang lain, ycchhh....aku harap dirimu cepat sadar lah.